Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

BEBOLA KENTANG KETAM

RESEPI BEBOLA KENTANG KETAM
by : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 4-5 biji kentang medium
  • 80-100g isi ketam @ crab stick
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1sk gula
  • garam
Untuk Saduran
  • Telur
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum@tpg jagung - hana gune tpg katakuriko@potato starch 
  • ~Cara-cara~
  • Rebus kentang hingga empuk. Jangan terlalu empuk sbb akan mengakibatkan kroket lembik dan pecah semasa digoreng. Seeloknya lepas rebus toskan utk buang air berlebihan yang membuatkan kentang lembik.
  • Kupas kulit dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter dan mayonis. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer..Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.
  • Masukkan serbuk lada putih, garam dan gula. Gaul.Masukkan pula isi ketam yg dipotong/racik. Gaul sebati.
  • Ambil sedikit dan bulat2kan kecil.
  • Untuk saduran - Bedak2kan bebola ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Boleh juga di frozenkan sebelom digoreng. Susun tidak berlapis dalam plastik ziplock. Kemudian simpan dalam freezer.
  • Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.
resepi kek batik ~copypaste dri blog ayuchenox

KEK BATIK AYU
bahan2....
1 ketol buttercup 250 gm
1 tin susu manis
250gm coklat masakan
1 cawan VICO
500gm biskut merrie perisa asli (nk cmpor ngn perisa coffee pn ley gak)- patahkan kpd 3 bhgian
1/2 cawan nestum

step/cara2 membuatnya....
1) cairkan buttercup lam periuk yg agak besar la...


2) msukkn coklat mskn lam periuk tu, n cairkan gak...
3) bile coklat mskn da cair, masukkan susu manis lak, kacau bg sebati...
4) then masukkan lak VICO, gode2 lagi bg sebati
5) n last step masukkan sekuk meri n nestum.... kacau bg sebati n kejap je...trus tutup api... then tuangkan adunan tu lam loyang/ bekas yg thn pns...
6) biarkn sejuk dulu, baru masukkan lam peti
p/s: enak di makan bila-bila masa, menjadi kegilaan budak2 kecik...

nk try wat utk besday party puput coming soon..hopely menjadi la..hihi..

Wednesday, December 8, 2010

Almari Resepi

DONUT SURIA
copypaste dri blog k.hana http://hanamemories.blogspot.com/search/label/donut
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
  • 3 sudu besar gula caster
  • ** I like this count of threes....senang ingat!!!! - aku setuju!! hihihi
Bahan B
  • 200ml air suam
  • 2 sudu teh instant yeast
  • => 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.
Kaedah penyediaan
  • Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
  • Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
  • Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
  • Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
  • Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.

Monday, December 6, 2010

 Almari Resepi - Capati  *resepi copypaste dri sini


Bahan-bahan
1) Tepung Atta (1/2 kg)
2) Mentega (1 cawan)
3) Air (1 cawan)
4) Garam (sedikit)


Arahan
Campurkan semua bahan. Uli hingga menjadi doh.
Biar seketika lebih kurang 10 minit.
Bulatkan doh sebesar bola golf. Canai nipis doh.
Goreng di atas kuali leper tanpa minyak.
Balik-balikkan dan goreng hingga masak.

Saturday, December 4, 2010

AlmaRi ReSePi ~~~MuffIN


gmbr Hiasan


 resepi muffin copy paste dri semanis madu...asal dri kak hanieliza


Bahan A
2 cawan susu full cream suam
1 cawan butter cair
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
1 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Cairkan mentega dalam susu suam.
3. Kacau semua bahan A supaya sebati.
4. Masukkan kedalam bahan B. Kacau rata.
5. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
6. Susunkan acuan kertas paling kecil [acuan almond london ]dalam petitin yg paling kecil. [kakliza gunakn acuan pie/tart telur yg paling kecil]
7. Masukkan adunan dalam acuan kertas.
8. Kukuskan selama 15 minit dengan api kuat.
9. Sejukkan dan hidangkan

Akan Ku Cuba Suatu ari Nnti...:)