Thursday, December 30, 2010

Happy besday putri alya adlina

salam

ari ni genap 1 tahun putri..happy birthday puput..sayang putri byk2..mama ngn abah saya sgt ngn puput..moga menjadi anak yang baik,dgr kata mama ngn abah,bijak,solehah..cepat btul masa berlalu..mama masih lagi terasa sakit nk lahirkan puput..mama masuk wad 28hb12 2009..masa tu putri xmau keluar lg..mama kne paksa utk bersalin disebabkn HB rendah..29hb 12 pagi doktor masukkn ubt untuk paksa puput keluar.tnggu punya tunggu puput masih degil utk kuar..mama xsalahkan puput tpi mama marah kt doktor..sbb pksa puput keluar..sampai mlm mama tggu xde tnda lg puput nk kuar..keesokkannya doktor cuba lagi masukkn ubat.doktor kata klu msuk ubt ni masih xbukak jalan puput kne kuar melalui operation..tunggu punya tunggu sakit tu dtg skit2..lama2 makin kuat..bila doktor cek dh bukak 3cm.trus mama msuk labor room.doktor trus pecahkn air ketuban.masuk kn air dan mama tunggu puput keluar..sakit hanya Allah yang tau..utk hlgkn sakit mama amalkan apa yang mama baca melalui buku.alhamdulillah mama mampu utk bertahan. tepat 8.20 malam puput pun keluar..3 kali mama teran.puput kuar dgn tangisan yang kuat..bila dgr suara putri hlg trus sakit mama..terasa lega sgt..puput besar 3.31kg..comel..doktor mntk kbenaran bawak kuar jmpa abah,tok mama,tok abah,makcik,pak teh ngn maksu ayu..semua tggu puput..Alhamdulillah proses kelahiran berjalan dengan lancar..mula la ari2 puput bersama mama..sangat indah momen tu..

Monday, December 27, 2010

Kerna Sebiji Pelam

salam

di suatu petang yang hening...(mood merajuk)
si lelaki memerhatikan si gadis mengeluarkan brg dari begnya
'tgk tu ana keluarkan brg dri beg doraemon'
si gadis hanya tersenyum dlm pksaan (ye la kn tgh merajuk)
walau merajuk,hati tetap baik...
si lelaki menunggu dgn sabar menanti reaksi dari si gadis..
si gadis ' jeng2...spesel utk abg' (hlg sudah perasaan merajuk)
dengan pantas si lelaki menerpa si gadis..kne peluk daa..hikhikhik
'abg terharu la'..tima kasih ana..'
huhu...kerna sebiji pelam aku kne peluk,trus hlg mood merajuk..
hikhikhik...

moral of the story >>pentingnya mengetahui apa yang paling disukai oleh yang tersayang..xperlu berbelanja besar hanya sebiji pelam mampu membuatkn die tersenyum lebar..

Friday, December 24, 2010

EmoSi.....EMosi...Emosi...

Salam

dah lama aku xjenguk blog yang amat ku cyg nih
dia yg sanggup menemani ketika aku sedih,suka,geram,benci 
bila aku sedih aku jenguk dia
bila aku suka aku jenguk dia
bila aku geram dia jugala yg setia menemani ku
emosi~emosi~
aku xtau napa ari ni emosi xsihat
huh....
rasa nk luahkan semua...TAPI
aku xmampu...
aku xmampu utk describe satu persatu
makin pendam....
makin sakit hati
bnda ni xleh biar...
aku tau semua tu...
TAPI
aku xmampu
Ya Allah berikan la aku kekuatan
untuk hadapi emosi2 seperti nih
Berikan aku ketenangan dan kedamaian
dalam hati ini Ya Allah...
~Amiin~


Tuesday, December 21, 2010

BEBOLA KENTANG KETAM

RESEPI BEBOLA KENTANG KETAM
by : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 4-5 biji kentang medium
  • 80-100g isi ketam @ crab stick
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1sk gula
  • garam
Untuk Saduran
  • Telur
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum@tpg jagung - hana gune tpg katakuriko@potato starch 
  • ~Cara-cara~
  • Rebus kentang hingga empuk. Jangan terlalu empuk sbb akan mengakibatkan kroket lembik dan pecah semasa digoreng. Seeloknya lepas rebus toskan utk buang air berlebihan yang membuatkan kentang lembik.
  • Kupas kulit dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter dan mayonis. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer..Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.
  • Masukkan serbuk lada putih, garam dan gula. Gaul.Masukkan pula isi ketam yg dipotong/racik. Gaul sebati.
  • Ambil sedikit dan bulat2kan kecil.
  • Untuk saduran - Bedak2kan bebola ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Boleh juga di frozenkan sebelom digoreng. Susun tidak berlapis dalam plastik ziplock. Kemudian simpan dalam freezer.
  • Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.
resepi kek batik ~copypaste dri blog ayuchenox

KEK BATIK AYU
bahan2....
1 ketol buttercup 250 gm
1 tin susu manis
250gm coklat masakan
1 cawan VICO
500gm biskut merrie perisa asli (nk cmpor ngn perisa coffee pn ley gak)- patahkan kpd 3 bhgian
1/2 cawan nestum

step/cara2 membuatnya....
1) cairkan buttercup lam periuk yg agak besar la...


2) msukkn coklat mskn lam periuk tu, n cairkan gak...
3) bile coklat mskn da cair, masukkan susu manis lak, kacau bg sebati...
4) then masukkan lak VICO, gode2 lagi bg sebati
5) n last step masukkan sekuk meri n nestum.... kacau bg sebati n kejap je...trus tutup api... then tuangkan adunan tu lam loyang/ bekas yg thn pns...
6) biarkn sejuk dulu, baru masukkan lam peti
p/s: enak di makan bila-bila masa, menjadi kegilaan budak2 kecik...

nk try wat utk besday party puput coming soon..hopely menjadi la..hihi..

Bila Hingus meleleh..

salam
bila hingus meleleh aku xselesa
bila hingus meleleh aku rimas
bila hingus meleleh aku nk marah..huargh
bila hingus meleleh satu kerja pun xleh nk wat
bila hingus meleleh satu kotak tisu abis....hikhikhik

minggu ni kesihatan xbape nk mengizinkan..skang ni musim org kata.tpi aku tgk tiap hari musim demam..ada ja la yg demam..org kta Allah bagi sakit ni leh hapuskan dosa2 kecil yg kita wat..bila aku pikir cmtu aku jadi redha..
semalam aku ambik mc..pi la kt klinik tut...xleh sbut nama..dahla die cek xtgk muka aku pun..cm xserius je dok ni..bila siap aku mntk mc..huhu..dh demam ,pening kpla,selesema lg...mmg klu p keje aku xleh nk fokus..so aku mntk la mc..siap membebel lg dok tu..cm xbg mc..stress aku dgr..dah la cek main2 ja..cemuih aku ngn dok ni..

Thursday, December 16, 2010

kuih ketayap..

salam...
pagi ni aku pekena kuih ketayap 4 ketul...wow byk yer...hikhihkhik..bkn besar mna pun..cenonet je kuih nya..sedap sgt..gebu...huhu..tiap kali lalu kt gerai ni msti aku singgh bli kuih kesukaan aku..siap hubby aku tnya sedap sgt ke kuih tu...dgn pantas aku jawab sedappppp sangggat..ni la bru btul jual mkanan ikut selera tekak kita sndri..sedap kita mkn sedap la bg org yg beli..xgitu cik timah..huhuh
dlm perjalanan ke keje pg tadi hubby aku sibuk memberi ceramah..ceramah berkaitan PTK..aduh letih telinga aku nk dgr..huhu...tpi demi tersyg aku dgr ngn penuh khusyuk..cori abg...ye la hubby aku tgh smgt nk jwb exam PTk ari ni..harap2 die dpt jwb ngn baik...klu lulus leh la tmbh skit duit poket..duit poket laki aku la..aku hnya menyokong dri belakang..walaupun xbnyak tpi boleh la tmbh skit2...klu rezeki tu Allah berkati sikit pun ckup..tpi klu rezeki x berkat banyak mana pun x ckup..jadi ,kita carilah rezeki yang diberkati oleh Allah..
Klu ikutkan ari ni aku kna posa..huhu..selalunya pagi2 senang ja aku bgun utk sahur..tpi pg tadi xtau pasal apa..liat sungguh nk bgun..setan byk sgt kot...bila dh siang rasa menyesal lak..padahal ari ni posa yang disunatkan untuk posa..hari tasu'a dan asyura ( 9 dan 10 Muharram 1423 = Rabu & Khamis 15-16 Dismber 2010).Pahalanya, diampunkan dosa tahun lepas.huhu..xde rezeki aku utk mendapat pahala sunat..


Wednesday, December 15, 2010

aduh sakit perut ku...neno neno neno

salam..selamat pagi semua...
satu mlm perut aku meragam..sakit yang pernah aku rasa minggu lepas..nk wat keje pun xleh..huhu..sib baik ubt doktor masih ada lg..aku pun mkn la bila dipaksa hebt oleh hubby aku...ada satu ubt aku xmkn..huhu..ubt kne kunyah..huhu..xkuasa aku nk mkn..hikhik..bila aku telan ubt2 tu semua terus angin dlm bdn kuar..kuar angin disemua tempat..huahuahua..rasa kempis perut..angin by dlm bdan..tu yg sakit tu..alhamdulillah pagi td bgun perut dh selesa..ingtkn semlm saja xmau mkn berat2 time bf nk diet la konon..rupanya2 perut ni xmau nk diet..huhu..terpksa la ari ni melantak nasi lemak..huhu..tkut perut msuk angin lg..

jangan pandang remeh sakit perut




TAHUKAH anda sakit perut yang berpanjangan boleh membawa maut sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan segera? Selalunya, masyarakat hari ini beranggapan mereka menghadapi keracunan makanan atau tersalah makan sekiranya mengalami sakit perut.
Sedangkan antara tanda-tanda keracunan makanan ini ialah ia hanya akan muncul dalam masa dua hingga 24 jam selepas makan.
Ia juga bergantung kepada tahap keracunan dan mereka yang mengalaminya mungkin juga akan mengalami demam dan seram sejuk, najis berdarah serta penyahhidratan.
Keracunan makanan berlaku apabila keradangan perut atau usus yang disebabkan oleh pengambilan makanan tercemar.
Menurut Pakar Perubatan dan Gastroenterologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari, kesakitan pada bahagian perut atau abdomen boleh berpunca daripada pelbagai keadaan yang memberi kesan kepada pelbagai organ.
Bahagian abdomen adalah terdiri daripada bahagian bawah tulang rusuk, tulang pelvik ke bawah serta kedua-dua sisi badan.
Biarpun kesakitan pada bahagian abdomen boleh datang daripada tisu di dinding yang mengelilingi rongga abdomen, sakit di bahagian ini selalunya digunakan untuk menerangkan kesakitan yang berasal dari dalam rongga abdomen.
‘‘Sekiranya tersalah makan, biasanya anda akan alami cirit-birit atau sakit perut pada awal pagi, sekitar pukul 3 atau 4 dan ia mengambil masa lapan jam selepas makan untuk mengalami tanda-tanda tersebut.
‘‘Kebiasaannya anda tidak akan terus mendapat cirit-birit kerana jenis bakteria dan virus yang ada boleh menyebabkan kita muntah-muntah dahulu, iaitu kurang daripada dua hingga tiga jam selepas makan.
‘‘Sekiranya anda keracunan makanan, ia akan mengambil satu hingga dua hari untuk baik tetapi kalau ia berpanjangan dan melebihi satu hingga dua minggu, kita kena buat siasatan dan tengok kenapa ada masalah cirit-birit yang berpanjangan,’’ ujarnya ketika ditemui di Kelana Jaya, baru-baru ini.
Tambah beliau, sekiranya jangkitan ataupun kesakitan masih belum reda ia pasti mempunyai masalah lain seperti sama ada disebabkan oleh masalah metabolik yang menyebabkan cirit-birit, mahupun masalah penyakit radang usus yang boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit yang berpanjangan disertai pendarahan ataupun kuman di usus oleh parasit seperti ameba yang boleh menyebabkan masalah cirit-birit serta kejadian nanah di hati.
Jelas beliau lagi, bagi penyakit gastrik pula, sekiranya ia merupakan ulser yang memudaratkan, ia perlu dibedah segera.
Pesakit juga dinasihatkan menjalani pemeriksaan endoskopi (OGDS) ataupun pemeriksaan segera jika keadaan dilihat membahayakan kesihatan dan nyawa.
Beliau turut memaklumkan kemungkinan berlakunya gastrik (dispepsia) dengan ulser atau tanpa ulser, mahupun kanser yang berpunca dari aktiviti bakteria helicobacter pylori yang berada di dalam perut dalam jangka masa yang lama, tanpa disedari.
‘‘Jangan ambil mudah terhadap gastrik kerana gastrik juga boleh memudaratkan dan juga boleh membawa maut,’’ katanya.
Untuk itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menganggap sakit perut satu penyakit yang remeh dan diminta berjumpa dengan doktor pada kadar yang segera.
Menurut Dr. Abdul Malik lagi, sekiranya sakit perut yang dihadapi tidak beransur pulih, eloklah sekiranya dirujuk kepada pakar bedah untuk langkah seterusnya.
‘‘Kesakitan pada bahagian abdomen yang kerap mestilah dirujuk kepada pakar perubatan. Ini membolehkan doktor membuat pemeriksaan ke atas perut dan tempat-tempat yang berkenaan untuk mengenal pasti punca serta jenis penyakit yang dihadapi.
‘‘Perlu diingatkan, banyak perkara boleh menyebabkan sakit perut ini termasuklah nanah di dalam perut,’’ tambah beliau.
Anda juga dinasihatkan agar mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat, diet yang berkhasiat serta makanan yang seimbang yang boleh membantu mencegah atau mengurangkan keasidan gastrik, sembelit serta masalah penghadaman lain.
Ini sekali gus memelihara perut anda daripada terkena pelbagai jangkitan kuman serta virus yang tidak diingini.

kejadian pelangi...

salam...
semalam ptg on d way nk blik umh hujan renyai2...sejuk ja...pastu nmpk la pelangi..cntik..cmne kejadian pelangi ek?.dlu bljr sains tpi rasanya xde pun cikgu cite pasal pelangi ni..nk jwpan pasal plngi aku pun tnya la hubby aku yang agak terer skit dri aku..heheh..dia pun cite la pelangi ni terjadi bila matahari berada di belakng kita dan hujan berada di hdpn kita...mksudnya ruang antara matahari ngn hujan..fhm x..huhu.sebenarnya warna yg kita nmpk tu adalah disebabkan oleh cahaya matahari yang memancar dan terkena ngn air hujan..apabila terkena air hujan maka warna tersebut akn terpancar...btul ke ni....hehe..sebenarnya dikeliling kita ni adalah warna..tpi mata kasar kita xleh nk nmpk warna2 tersebut..ada 7 warna asas iatu sama ngn wrna pelangi..warna2 tu terjadi bila cahaya matahari ada..bila matahari xde so wrna2 tersebut xleh nmpk..bygkn klu malam boleh ke kita pastikan warna sesuatu bnda...tentu xboleh kn..kecuali adnya lampu..sebenarnya lampu diciptakan menggunakan unsur2 yang ad pada chaya matahari...huhu..phm ke??..hikhik..penerangan yang panjang lebar dismpaikan oleh hubby aku..dari blik opis sampai umh..huhu..boleh jadi guru sains untuk aku..dlu klu bljr sains ngn hubby msti aku leh score..hahah....

Tuesday, December 14, 2010

Selamat pagi...Hari yg emo..

salam semua...
assalamualaikum kepada muslimin dan muslimat...moga ari ni membawa 1000 kebahagiaan kepada anda..pagi-pagi tadi ad perkara yg wat aku geram...bkn geram ngn manusia tpi geram ngn mesin yang berfungsi membasuh baju...aku start mulakan mesin tu kul 5 pg..yg aku geram smpi kul 7.30 xabis2 lg..apa ke jadahnya ni..dh la nk mai awal...ngn susu puput abis lak..huhu..stress2..dh la mmg emosi tgh xstabil ni..maka mangsa geram ni tertuju kt hubby aku...sabar naa...hubby aku la yg angkt bju bash..sidai bju pun muka masam ja..bila ingt blik lawak ja..ngn mesin bsuh pun nk marah..apa kes..jgn ikutkn sgt perasaaan emo tu..semua mainan perasaan...hehe..nk kuatkn smgt,nk sonok2,nk happy2...xmau marah2,xmau sedih2...biarla org nk wat pe kt kita yg penting kita jaga hati kita jgn smpi sakit hati..:)

Saturday, December 11, 2010

Mama Risau la

salam semua..

satu hari ni aku risau fikir kn ttg puput anak aku yang comel tu....dlm minggu ni dh dua kali kepala puput terhntuk..mula2 tu terhntuk kt dinding...puput xmau duk diam..pastu mlm tadi terhntuk kt katil lak..huhu..nangis bkn main..tpi lps tu leh gelak2...risau la klu ada apa2 kt kepala puput..skang ni mmg la xda apa2 tkut akn dtg..tu yg duk risau pasal ni..ingt nk ajak hubby g scan kpala puput la..rasanya selagi x scan selagi tu xtenang...Ya Allah jauhkan dari segala bencana..Berikan lah kesihatan yang baik utk kami sekeluarga..Amiin.

Wednesday, December 8, 2010

Almari Resepi

DONUT SURIA
copypaste dri blog k.hana http://hanamemories.blogspot.com/search/label/donut
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
  • 3 sudu besar gula caster
  • ** I like this count of threes....senang ingat!!!! - aku setuju!! hihihi
Bahan B
  • 200ml air suam
  • 2 sudu teh instant yeast
  • => 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.
Kaedah penyediaan
  • Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
  • Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
  • Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
  • Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
  • Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.

cuti ooo cuti

salam semua..mula bekerja setelah diberi cuti sehari...huhu...nama ja cuti tpi xleh nk rehat pun..hihi..biasala klu ad anak kecik..duk melayan kerenah dia..tpi sonok,syok...kdg2 geram gak tpi bila die senyum hlg penat tu..bila puput tau mama dia x keje,makanya dia akn penuhkn masa bersama mama yang tersyng..tido pun xmau..nk kepit ja..huhu..teringt lak puput kt umh..rindu puput...muah,muah,muah...
puput dh besar dh..rasa sat ja..semalam puput dh pndai minum air guna straw..sangat teruja mama ngn abah..puput pun tunjuk la..asik nk mnum air guna straw..hehe..sayang anak mama..ari ni puput pandai apa la..msing2 duk tnggu bila puput leh jalan..xsabar nk tgk dia tergedik2 jalan..hihi..suka,suka..msti comel...

Monday, December 6, 2010

 Almari Resepi - Capati  *resepi copypaste dri sini


Bahan-bahan
1) Tepung Atta (1/2 kg)
2) Mentega (1 cawan)
3) Air (1 cawan)
4) Garam (sedikit)


Arahan
Campurkan semua bahan. Uli hingga menjadi doh.
Biar seketika lebih kurang 10 minit.
Bulatkan doh sebesar bola golf. Canai nipis doh.
Goreng di atas kuali leper tanpa minyak.
Balik-balikkan dan goreng hingga masak.

Thank you Sifu

berbanyak2 terima kasih pada k.ina sifu blogger utk saya..hihi..dh lama sebenar hajat dihati nk tmbh ilmu ngn k.ina ni..tpi x berkesempatan...ada ja aral yg melintang..hehe..alasan tu..pagi tadi bru berkesempatan...alhamdulillah k.ina free...ooooyeeeehhhh...hihi..trademark aku..aku apalagi ngn peluang yg ada tu aku guna sebaik nye..dri blog aku kosong...smpai penuh aku buh dlm blog ni..hihi...sonok rupanya wat blog ni..bkn saja dpt ramai kwn..tu pun klu ad org nk kwn ngn saya la..hihi..tpi dpt mencurahkan kreativiti kita utk hias blog ni nmpk cntik..apa yg kita suka kita leh buh byk2 dlm blog..sonok,sonok..
skang ni aku tgh mengupdate blog aku..biar nmpk meletops..hihi..aku ja yg rasa cmtu...sementara bos xmsuk lg nih,leh la aku buang masa kt blog ni..terima kasih bos..:)

Bila Dapurku Berasap...

salam...
percubaan aku telah menjadi...ooyeeaaahhhhh...hehe..semalam petang berkobar2 nk wat makanan kesukaan aku.aku pun terus la masuk dapur..sediakan doh utk pizza,topping kt atas tu..sos guna sos cili ja..bila dh siap doh tu aku pun tunggu la doh tu naik..sambil2 tu main ngn puput..tunggu punya tunggu xnaik pun..dlm hati mmg xjdi la misi aku nk wat pizza..sedih hati kecilku..tpi syg nk buang doh tu..aku pun simpan la..klu nk buang pun biar la tggu sok..elok pagi tdi aku bgun doh tu kembang 2,3 kali ganda..aku terus senyum lebar..:).terus la aku membakar pizza aku tu..dan hasilnya..jeng,jeng,jeng...
walaupun rupa xla bape nk comel..tpi rasanya meletops...haha..thanks pada yg share resepi nih..nyum2..
husband aku pun terkejut..siap tanya 'bila ana bli pizza nih'..'abg,ana buat la'...'sedap x pizza ni abg'..'emm sedap'..walaupun xde pujian dri husband aku tpi die ckp sedap pun aku dh suka..hihih..kembang kempis hidung aku...
"Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA..."

Saturday, December 4, 2010

AlmaRi ReSePi ~~~MuffIN


gmbr Hiasan


 resepi muffin copy paste dri semanis madu...asal dri kak hanieliza


Bahan A
2 cawan susu full cream suam
1 cawan butter cair
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
1 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Cairkan mentega dalam susu suam.
3. Kacau semua bahan A supaya sebati.
4. Masukkan kedalam bahan B. Kacau rata.
5. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
6. Susunkan acuan kertas paling kecil [acuan almond london ]dalam petitin yg paling kecil. [kakliza gunakn acuan pie/tart telur yg paling kecil]
7. Masukkan adunan dalam acuan kertas.
8. Kukuskan selama 15 minit dengan api kuat.
9. Sejukkan dan hidangkan

Akan Ku Cuba Suatu ari Nnti...:)

boncit,buncit...ooooo buncit.

napa perut saya bincut.. eh2 silap buncit....xsuka,xsuka,xsuka...huahuahua..buncit ad bby ok gak...leh bg puput kawan..ni klu penyakit..apa kes..huhuuh..xmau,xmau,xmau...cmner la nk hlgkn buncit ni ek..mkn xla byk mne pun..huh...kne axercise nih..YES!!!..klu exercise bersama tersyg psti lg best kn..ABG,JOM JOGGING BERSAMA SAYA...hahaha...

Mai bca tips utk atasi buncit..pay attention pada mereka2 yg buncit...huhu..termasukla aku....huhu

Minum Banyak Air
Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium/garam dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan kurangkan pengambilan air ketika berdiet, kerana banyak bahan yang sukar dicernakan dan akan menyebabkan perut menggelembung.

Mengurang Pengambilan Garam
Jangan makan gelojoh, kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang t ida k terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil t ida k dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan

Makan perlahan-lahan
Terlalu banyak garam dalam diet menambah lebih sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan
Perut yang mengembang adalah kesan sampingan dari pengambilan ubat. Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit
Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam
Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah di mana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai urin. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

  Bila azam disertai dgn semangat,maka perkara yg susah menjadi senang..:)

Thursday, December 2, 2010

Mood Baik Punyaaaa.....hihi

sukanye ngn pic kt ats nih...sedang dan masih cri resepi nk wat bnda kt ats ni...huhu...ingt hujung minggu ni nk wat..bhn2 semua dh ad...tinggal rajin ngn x aje..klu rajin berasap la dapur hjung mnggu ni....terima kasih pada blogger yg share resepi utk bnda yang sedap kt ats ni...hihi..saya nk ikut resepi yg saya ambik dri sumber ni...rahimah's FotoPage..thanks sbb share...mesti kebabom pizza saya nnti...hihi

3 cawan tepung gandum
3 senduk besar susu tepung
11/2 cawan air [ larukan ]
11/2 sudu besar yis [ dalam air ]
1 sudu kecil garam

UNTUK TOPPING

BAHAN SOS
2 labu bawang besar dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan serbuk kentumbar
1cawan tomato sos
1 cawan cili sos
2 sudu besar cili giling(ikut pedas)

BAHAN TABUR
1 labu cili banggala dicincang
1 paket sausage ayam atau daging (dihiris nipis )
1 paket cheese parut
sedikit buah zaitun dihiris

1.Campurkan tepung dengan susu tepung dan,garam dalam mangkuk adunan
2.Gaul tepung dengan air yang dicampur dgn yis sedikit demi sedikit sehingga menjadi
lembut,seperti tepung membuat roti.
3.tumbuk-tumbuk doh supaya cepat kembang (mcm tumbuk muka musuh hehe)
4.Canai setebel 11/2 inci dan tekap dgn acuan bulat yg kecil
5.Aturkan atas dulang pembakar sapu campuran sos. atas permukaan pizza
6 Taburkan cili banggala yg di cincang, hirisan sausage dan hirisan buah zaitun( tekan
sedikit supaya melekat dipermukaan pizza)
7.Bakar.Keluarkan apabila setengah masak taburkan parutan cheese
8.Masukkan kembali dalam ketuhar,.bakar sehingga masak


* xsabar nk cuba ni...klu jadi nnti saya tunjuk bukti...heheh

Permulaan Yang Baik.....

'Life without love is like a tree without blossom and fruit'

Salam Perkenalan.....Mulakan hari anda dengan semangat yg membara, usaha yang gigih,hati yang cekal....Pastikan hari ni lebih baik dri semalam dan terbaik utk ari2 akan dtg....

Saya budak baru belajar...langkah demi langkah utk menjadi pandai...hehe...kepada sifu-sifu blogger tolong ajarin saya....hihi...

Sedikit ttg diri saya...seorang isteri yang mencintai suami,seorang ibu yg menyayangi anaknya...masih bekerja dan masih mencari kerja yang terbaik...wish luck utk saya. hehe

saya suka kata-kata kt ats tu...kita hidup perlu ada rasa cinta dlm diri...jika cinta xde,hidup ni tak bermakna..kita xkan rasa bahagia dgn kehidupan kita..So,mulakan hidup anda dengan Cinta...