Tuesday, December 21, 2010

BEBOLA KENTANG KETAM

RESEPI BEBOLA KENTANG KETAM
by : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 4-5 biji kentang medium
  • 80-100g isi ketam @ crab stick
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1sk gula
  • garam
Untuk Saduran
  • Telur
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum@tpg jagung - hana gune tpg katakuriko@potato starch 
  • ~Cara-cara~
  • Rebus kentang hingga empuk. Jangan terlalu empuk sbb akan mengakibatkan kroket lembik dan pecah semasa digoreng. Seeloknya lepas rebus toskan utk buang air berlebihan yang membuatkan kentang lembik.
  • Kupas kulit dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter dan mayonis. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer..Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.
  • Masukkan serbuk lada putih, garam dan gula. Gaul.Masukkan pula isi ketam yg dipotong/racik. Gaul sebati.
  • Ambil sedikit dan bulat2kan kecil.
  • Untuk saduran - Bedak2kan bebola ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Boleh juga di frozenkan sebelom digoreng. Susun tidak berlapis dalam plastik ziplock. Kemudian simpan dalam freezer.
  • Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.

No comments: